Kerjaya antarabangsa Karim Adeyemi

Adeyemi dilahirkan di Munich, Jerman, daripada bapa warga Nigeria dan ibunya merupakan warga Romania.[10] Dia adalah pemain antarabangsa remaja Jerman, pernah mewakili Jerman bawah-16 tahun, bawah-17 tahun dan bawah-21 tahun. Dia membuat penampilan sulung untuk pasukan senior Jerman dalam kemenangan kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 dengan keputusan 6–0 ke atas Armenia pada 5 September 2021, masuk sebagai pemain gantian lewat dan menjaringkan gol keenam pasukannya pada minit pertama masa kecederaan separuh masa kedua.[11] Memandangkan Adeyemi adalah pemain Red Bull Salzburg pada penampilan sulungnya, ini menandakan kali pertama dalam tempoh selepas perang bahawa pemain dari kelab Austria bermain untuk pasukan kebangsaan senior Jerman.[12]

Pada November 2022, beliau telah disenaraikan dalam skuad Jerman untuk Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar.[13] Bagaimanapun, dia tidak beraksi dalam mana-mana perlawanan, kerana Jerman tersingkir di peringkat kumpulan.[14]

Rujukan

WikiPedia: Karim Adeyemi https://www.bvb.de/eng/Teams/First-Team/Karim-Adey... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Karim_... http://www.soccerway.com/players/karim-adeyemi/540... https://jobs4football.com/player/karim-adeyemi/ https://www.sueddeutsche.de/sport/adeyemi-fritz-wa... https://www.redbullsalzburg.at/de/fc-red-bull-salz... https://int.soccerway.com/matches/2018/09/01/austr... https://www.uefa.com/uefachampionsleague/match/202... https://www.spiegel.de/sport/fussball/karim-adeyem... https://www.worldcat.org/issn/2195-1349